Michael Caine
Michael Caine

Michael Caine

Sir Michael Caine, CBE (/keɪn/; lahir Maurice Joseph Micklewhite; 14 Mac 1933), ialah seorang pelakon dan pengarang Inggeris. Caine telah muncul dalam lebih 115 filem dan dianggap sebagai ikon filem British.Beliau mula terkenal pada era 1960an dengan membintangi beberapa filem British termasuk Zulu (1964), The Ipcress File (1965), Alfie (1966) dimana beliau dicalonkan untuk satu Anugerah Akademi, The Italian Job (1969) dan Battle of Britain (1969). Perananya yang paling terkenal pada era 1970an adalah dalam Get Carter (1971), The Last Valley, Sleuth (1972) dimana beliau mendapatkan pencalonan Anugerah Akademi keduanya, The Man Who Would Be King (1975) dan A Bridge Too Far (1977). Beliau mendapat pujian kritis terbaiknya pada era 1980an menerusi filem Educating Rita (1983) mendapatkan beliau Anugerah BAFTA dan Golden Globe untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Pada tahun 1986, beliau menerima Anugerah Akademi bagi kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik untuk peranannya dalam Hannah and Her Sisters.Caine melakonkan watak Ebenezer Scrooge dalam The Muppet Christmas Carol (1992). Selepas boleh dikatakan telah bersara daripada berlakon dalam skrin besar, beliau menikmati kebangkitan semula kerjayanya pada lewat era 1990an, menerima Anugerah Golden Globe kedua untuk lakonannya dalam Award Little Voice pada tahun 1998 dan menerima Anugerah Akademi kedua bagi kategori Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik untuk lakonan dalam The Cider House Rules pada tahun berikutnya. Caine melakonkan watak Nigel Powers dalam Austin Powers in Goldmember dan Alfred Pennyworth dalam siri filem Batman oleh Christopher Nolan. Beliau kemudiannya muncul dalam beberap lagi filem Nolan termasuk The Prestige (2006), Inception (2010) dan Interstellar (2014). Beliau juga muncul sebagai peranan sokongan dalam Children of Men dan Cars 2. Sehingga tahun 2015, filem-filem yang dibintanginya telah mengutip lebih daripada $7.4 bilion di seluruh dunia.[2]

Rujukan

WikiPedia: Michael Caine http://www.afi.com/members/catalog/SearchResult.as... http://www.charlierose.com/guest/view/133 http://www.charlierose.com/view/interview/2162 http://www.empireonline.com/news/feed.asp?NID=3737... http://www.fifafilms.com/fileadmin/fifafilms/user_... http://www.filmreference.com/film/90/Michael-Caine... http://news.google.com/newspapers?nid=266&dat=1987... http://movies.ign.com/articles/389/389780p1.html http://www.imdb.com/name/nm0000323/ http://www.michaelcaine.com/